Monday, August 30, 2021

 SEKOLAH BERKUALITI: PEMBELAJARAN BERMAKNA: KEMENJADIAN MURID

Bersama-sama mendoakan atlet Paralimpik Negara di Paralimpik Tokyo 2020 yang  merupakan bekas murid SMPK Vokasional Indahpura - Siti Nor Iasah dalam acara   Olahraga  lari 400 meter Kategori T 20. Demi Malaysia, Negara Tercinta, Curah Bakti Penuh Setia..  Skills for Living: Towards Excellent Future.




 GERBANG PEMBELAJARAN DIGITAL

Jabatan Pendidikan Negeri Johor mempertingkatkan ruang siber pembelajaran murid dengan menyediakan kios maya digital meliputi bidang, subjek, teknik, kaedah dan sumber pembelajaran. 
Pautan untuk dilayari:   https://sites.google.com/view/kioskpdpdigital?authuser=2


Sunday, August 29, 2021

PROJEK MURAL SMPK VIP

Projek Melukis mural ini telah dilaksanakan oleh guru-guru pelatih iaitu Cikgu Nabiihah Binti Mhd Tazri dan Cikgu Wan Nur Amirah Amal binti Yusoff dengan bantuan Cikgu Mohd Ilyasa Arahyah yang menjalani latihan mengajar di SMPK Vokasional Indahpura. Projek Melukis mural ini merupakan salah satu projek di bawah program kokurikulum program latihan mengajar yang dijalankan dari 25 Julai 2021 hingga 25 September 2021. 



PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN MALAYSIA PRIHATIN 2021

Pada hari Isnin (30 Ogos 2021), telah berlangsungnya Program Sambutan Bulan Kebangsaan Malaysia Prihatin yang ke-64. Program ini merupakan program peringkat Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura. Program ini juga telah dijalankan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi "Youtube". Penyertaan dalam program Sambutan Bulan Kebangsaan Malaysia Prihatin adalah melibatkan murid, guru dan ibu bapa. Diharapkan dengan berlangsungnya program seperti ini dapat memberi semangat dan kesedaran kepada semua murid, guru dan ibu bapa terhadap kemerdekaan negara kita. 


ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2020

 
                                                                          TAHNIAH  !
Tahniah kepada  guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana yang telah dimasyhurkan sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020. Semoga dengan penganugerahan ini akan meningkatkan lagi semangat, inovasi, peluasan ilmu dan peningkatan prestasi sekolah dan kemenjadian murid sesuai dengan taraf Sekolah Kluster Kecemerlangan dan moto " Skills For Living : Towards Excellent Future".


Penerima Anugerah:(Dari Kiri)
En  Rahim, Pn Hartini,Cik Rosniza,Pn Zulyanie, Pn Ruzana,
En Mohd Hafiz (PK Kokurikulum)Pn Faziana, Pn  Norhaliza, Cik Asil dan Pn Hazleen.

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2021

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2021

Berikutan pandemik Covid-19, sehingga Ogos ini sesi persekolahan tetap diteruskan secara atas talian. Begitu juga pentaksiran sekolah. Penilaian Bilik Darjah seperti Penilaian PBD setiap mata pelajaran KSSM Pendidikan Khas, PAJSK dan Ujian Psikometrik berjalan seperti dirancang.
      Peperiksaan Pertengahan  Tahun dijalankan secara dalam talian . Dua medium kertas soalan digunakan iaitu menggunakan Google Form dan ClassKick. Manakala bagi MBK Kurang Upaya Pelihatan menggunakan  aplikasi Open Talk.
      Animasi ringkas bagi menerangkan perjalanan peperiksaan  disediakan sebelum peperiksaan berlangsung. 
                                           

                                                Animasi  Penerangan Peperiksaan


Gambar: Sekitar peperiksaan Pertengahan Tahun Secara Dalam Talian