Projek Melukis mural ini telah dilaksanakan oleh guru-guru pelatih iaitu Cikgu Nabiihah Binti Mhd Tazri dan Cikgu Wan Nur Amirah Amal binti Yusoff dengan bantuan Cikgu Mohd Ilyasa Arahyah yang menjalani latihan mengajar di SMPK Vokasional Indahpura. Projek Melukis mural ini merupakan salah satu projek di bawah program kokurikulum program latihan mengajar yang dijalankan dari 25 Julai 2021 hingga 25 September 2021.
Sunday, August 29, 2021
PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN MALAYSIA PRIHATIN 2021
Pada hari Isnin (30 Ogos 2021), telah berlangsungnya Program Sambutan Bulan Kebangsaan Malaysia Prihatin yang ke-64. Program ini merupakan program peringkat Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura. Program ini juga telah dijalankan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi "Youtube". Penyertaan dalam program Sambutan Bulan Kebangsaan Malaysia Prihatin adalah melibatkan murid, guru dan ibu bapa. Diharapkan dengan berlangsungnya program seperti ini dapat memberi semangat dan kesedaran kepada semua murid, guru dan ibu bapa terhadap kemerdekaan negara kita.
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2020
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2021
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2021
Berikutan pandemik Covid-19, sehingga Ogos ini sesi persekolahan tetap diteruskan secara atas talian. Begitu juga pentaksiran sekolah. Penilaian Bilik Darjah seperti Penilaian PBD setiap mata pelajaran KSSM Pendidikan Khas, PAJSK dan Ujian Psikometrik berjalan seperti dirancang.
Peperiksaan Pertengahan Tahun dijalankan secara dalam talian . Dua medium kertas soalan digunakan iaitu menggunakan Google Form dan ClassKick. Manakala bagi MBK Kurang Upaya Pelihatan menggunakan aplikasi Open Talk.
Animasi ringkas bagi menerangkan perjalanan peperiksaan disediakan sebelum peperiksaan berlangsung.
Animasi Penerangan Peperiksaan