Pada hari Isnin (30 Ogos 2021), telah berlangsungnya Program Sambutan Bulan Kebangsaan Malaysia Prihatin yang ke-64. Program ini merupakan program peringkat Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura. Program ini juga telah dijalankan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi "Youtube". Penyertaan dalam program Sambutan Bulan Kebangsaan Malaysia Prihatin adalah melibatkan murid, guru dan ibu bapa. Diharapkan dengan berlangsungnya program seperti ini dapat memberi semangat dan kesedaran kepada semua murid, guru dan ibu bapa terhadap kemerdekaan negara kita.
No comments:
Post a Comment